• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips Penjagaan Yang Betul Untuk Tayar Kereta Anda

oleh AK-47
22/12/2014
dalam Gaya Hidup
2
Share on FacebookShare on Twitter

Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan.

Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda tidak terbatas disebabkan allignment tayar kereta anda tidak seimbang, bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.

Cuba periksa tayar kereta anda, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.

Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut merupakan empat ciri penting penjagaan tayar kereta.

1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Anda boleh perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

2. Periksa tekanan angin tayar kereta.

Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.

Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku

3. Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)

Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan dibelakang.

Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian allignment pula bagi mengelakkan kereta anda tidak tertarik sebelah jika anda lepas tangan dan berada seimbang ketika memandu.

4. Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta

Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju. Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini dengan meletakkan tayar kereta dibelakang. – MYNEWSHUB

Sumber: kereta2U

Oleh: hzqahmd

Tags: keretatips
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd