• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips Menghadapi Musim Banjir & Maklumat Di Sesetengah Kawasan

oleh AK-47
25/12/2014
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melihat kepada keadaan banjir yang sedang melanda di negeri-negeri di Pantai Timur nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda reda.

Terbaru,  negeri seperti Pahang, Perak, dan Perlis dilaporkan sesetengah kawasan di sana telah pun dinaiki air.

Orang ramai terutama penduduk di negeri yang berdekatan dengan kawasan dilanda banjir ini, haruslah bersiap sedia.

Jom lihat langkah-langkah persediaan bagi menghadapi banjir yang boleh diambil dari awal-awal lagi supaya bencana yang menimpa ini tidak memburukkan lagi keadaan.

1. Kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.

b1

 

2. Semak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir.

b2

 

3. Selamatkan dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insuran, surat cinta dulu-dulu atau lain-lain dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.

b3

 

4. Sediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan bantal busuk kegemaran anak anda (ia membantu dia bertenang).

b4

 

5. Kenalpasti kawasan selemat jika diarahkan berpindah dari kediaman anda. Maklumat bencana terkini boleh diakses di sini : Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara

b5

 

6. Kurangkan kadar kerosakan harta benda dengan pindahkan ke tempat tinggi di dalam rumah seperti di loteng atau atas almari.

b6

 

7. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini amaran banjir. Banjir boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam malahan dalam beberapa minit juga tidak mustahil.

b7

 

8. Apabila amaran banjir dikeluarkan, segera alihkan perabot ke tempat lebih tinggi di rumah anda.

b8

 

9. Dengar radio tempatan dan tonton siaran televisyen untuk mendapatkan maklumat apabila amaran banjir telah dikeluarkan. Kamera pengawasan real time banjir boleh dilihat di sini : Info Banjir

b9

 

10. Elakkan berjalan kaki di kawasan air banjir melimpah. Anda tak akan tahu apa yang ada di bawah air.

b10

 

11. Jika enjin kereta anda mati semasa meranduk air banjir, tinggalkan kereta dengan segera. Ia mungkin hanyut dibawa arus kuat dan ia sangat berbahaya.

b11

Kami di Mynewshub sentiasa mendoakan keselamatan anda dan simpati dengan dugaan yang sedang dihadapi oleh beberapa kawasan yang dilanda banjir setakat ini.

Sumber : Wikihow, water.gov.my

Oleh: hzqahmd

Tags: Banjirtips
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd