• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Lebih 8,000 Ditahan Di Bawah ISA Sejak 1960

oleh Ahmad Albab
15/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak lebih 8,000 orang sahaja yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak ia diperkenal pada tahun 1960 sehingga dimansuhkan pada 2012, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kebanyakan mereka yang ditahan ketika itu terdiri daripada pengganas komunis serta anggota pergerakan subversif.

“Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang pencegahan, namun penggunaannya adalah di peringkat yang minimum. Secara realiti tahanan di bawah undang undang pencegahan terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang dituduh dan dipenjarakan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk S.Vigneswaran.

S.Vigneswaran ingin tahu bila polis akan bertindak profesional dalam penyiasatan dan memastikan sabitan untuk memasukkan penjenayah ke dalam penjara daripada terlalu bergantung kepada perundangan pencegahan seperti negara-negara membangun yang lain.

Wan Junaidi berkata undang-undang pencegahan diwujudkan bertujuan mencegah sesuatu kesalahan jenayah daripada terus berlaku atau menjadi tidak terkawal seperti kongsi gelap dan kegiatan militan.

Sementara itu, semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai keberkesanan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) berbanding ISA, Wan Junaidi berkata adalah tidak wajar untuk membuat perbandingan bagi kedua-dua akta berdasarkan faktor usia undang-undang.

“Jika dilihat daripada sudut usia, sudah pasti ISA lebih berkesan kerana sudah mencapai suatu tahap kematangan dan telah lama digunakan.

“Perlu diingat, Sosma adalah undang-undang berbentuk tatacara berbanding ISA yang merupakan undang-undang pencegahan dan memberi kuasa kepada eksekutif untuk tujuan penahanan atau sekatan,” katanya.

Jelas Wan Junaidi, keberkesanan Sosma dalam menangani isu kegiatan pengganas bagaimanapun tidak dapat dinafikan apabila 22 daripada 45 individu yang ditahan di bawah akta itu telah dihadapkan di mahkamah, dan dikenakan tindakan pendakwaan atas kesalahan menganggotai kumpulan pengganas atau memberi sokongan terhadap perbuatan pengganas. – BERNAMA

Tags: ISAWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ezuwan Pesan Chacha, ‘Pulangkan Baju Saya Segera’

Next Post

MENARIK… Bomba Musnahkan Sarang Lebah Dalam Rumah!

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

Next Post

MENARIK... Bomba Musnahkan Sarang Lebah Dalam Rumah!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd