Mungkin kerana terlampau kaya, sebuah keluarga menjemput tetamu ke sambutan hari lahir cucunya yang ke-16 tahun dengan menggantung ‘bunting’ di sepanjang jalan.
Menurut laporan CCTVNews.com, kejadian yang julung kali dapat dilihat itu berlaku di wilayah Fujian, tenggara China, melibatkan keluarga Shi yang berhabisan duit dengan cara ‘unik’.
Bukan itu sahaja, laporan tersebut menyatakan, ‘kad jemputan’ yang tertulis ‘Welcome To My 16th Birthday Party’ itu digantung di sepanjang jalan sejauh 400 meter.
Keluarga Shi dikatakan mengakui, bunting iklan yang dinaikkan bagi meraikan sambutan terhadap cucu mereka, mendapat kritikan daripada penduduk di situ. – MYNEWSHUB.CC
Cara Masakan Yang Kejam Di China
![[UNSET] (3)](http://mynewshub.cc/wp-content/uploads/2014/12/UNSET-3.png)
![[UNSET] (2)](http://mynewshub.cc/wp-content/uploads/2014/12/UNSET-2.png)

