Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Najib Bermula...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menetapkan perbicaraan tujuh pertuduhan...

Tebusan Sydney: 3 Terbunuh...

SYDNEY - Dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh apabila polis...

Permohonan Dana Kandungan Digital...

PUTRAJAYA - Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik di bawah Kumpulan MyCreative Ventures...

Lelaki Hisap Ganja Depan...

NASHVILLE - Seorang lelaki di Tennessee, Amerika Syarikat selamba menghisap ganja ketika perbicaraan...

Taliban Serang Sekolah Di Pakistan, 130 Murid Maut Ditembak

PESHAWAR – Pemberontak Taliban membunuh 130 orang, kebanyakannya kanak-kanak selepas menceroboh sebuah sekolah awam yang diuruskan pihak tentera Pakistan di Warsak Road di sini pagi ini dalam serangan paling berdarah di negara itu akhir-akhir ini.

Saksi-saksi berkata, mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan kuat di sekolah itu yang terletak di barat laut bandar raya Peshawar kira-kira pukul 10.30 pagi (1 petang waktu Malaysia) apabila digempur sekumpulan lima lelaki berpakaian seragam tentera.

Ketika kejadian, penyerang dipercayai menggeledah dari setiap bilik darjah dan melepaskan tembakan rambang ke arah pelajar, guru serta kakitangan sekolah sebelum pihak tentera bergegas datang dan menembak mati kesemua lima suspek selepas lima jam serangan.

“Ini hari tragedi bagi negara kita. Mereka ini ibarat anak-anak saya dan saya kehilangan ramai anak muda. Ia kehilangan buat negara,” kata Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif yang turut terkejut sejurus dimaklumkan insiden berdarah itu oleh pihak keselamatan.


Kumpulan militan tempatan dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban mengaku sebagai bertanggungjawab ke atas serangan itu ekoran tindakan agresif tentera terhadap mereka kebelakangan ini dan mereka hanya menyasarkan pelajar berusia tua untuk dibunuh.

Jurucakap tentera Pakistan, Jeneral Asim Bajwa mengesahkan kepada media tempatan, kumpulan penyerang itu berjaya dibunuh pasukan keselamatan manakala ratusan mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital Lady Reading di sini bagi menerima rawatan.

Tentera Pakistan menguruskan sendiri 146 buah sekolah sedemikian di seluruh negara yang disertai anak-anak anggota tentera dan orang awam dari kawasan sekitarnya dengan usia pelajar diambil daripada serendah 10 tahun sehingga 18 tahun. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori