• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Guantanamo Dedah Didera Secara Seksual

oleh Ahmad Albab
15/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Teluk Guantanamo – Diberi dadah dan didera secara seksual merupakan pengalaman pahit yang dialami oleh seorang tahanan di kem Guantanamo, Samir Naji sepanjang 13 tahun dia menderita ditahan dan diseksa di situ.

Samir yang berasal dari Yaman ditahan di situ selepas didakwa menjadi pengawal peribadi kepada Osama bin Laden, namun dia tidak didakwa dengan tuduhan jenayah tersebut.

Samir, yang sepatutnya dibebaskan lima tahun lalu bagaimanapun masih ditahan di kem berkenaan.

Perkara itu didedahkan Samir dalam pendedahan yang disiarkan oleh CNN selepas laporan Senat Amerika Syarikat mendedahkan penderaan kejam yang dilakukan oleh Biro Penyiasatan Pusat (CIA) terhadap suspek Al-Qaeda hingga mencetuskan kritikan ramai.

Menurut Samir, yang mempertahankan bahawa dia tidak bersalah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya, siksaan yang dilakukan itu menunjukkan bagaimana Amerika Syarikat berada dalam keadaan memalukan.

“Saya rasa siasatan pertama kali dilakukan ke atas saya adalah sepanjang tiga bulan dengan dua pasukan penyiasat bertugas siang dan malam.

“Setiap sesi mereka akan menjerit untuk mengejutkan saya. Mereka akan memukul muka dan belakang saya. Saya amat perlukan tidur hinggakan kepala saya berpusing-pusing,’’ katanya.

Jelasnya terdapat banyak gambar najis di sekeliling bilik siasatan dan dia juga cuba melancarkan mogok lapar, namun diketawakan oleh pasukan penyiasat malah makanan dicurahkan ke mukanya.

“Mereka melemparkan makanan ke muka saya dan menyuruh saya makan makanan itu seperti babi. Mereka juga tidak membenarkan saya ke tandas dan membiarkan saya kesakitan menahan kencing dan berak dalam bilik itu,’’ katanya yang turut diugut akan dirogol jika membuang najis dalam bilik berkenaan.

Selain itu, Samir turut dipaksa melihat gambar manusia melakukan seks degan keldai dan video tahanan lain disiksa.

Namun apa yang menyedihkannya ialah apabila janggutnya dicukur, yang disifatkan Samir sebagai satu penghinaan kepadanya.

Tags: PenjaraTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuba Elak Ditahan Polis Jadikan Kekasih Sebagai Tebusan

Next Post

Lelaki Menderita Selama 12 Tahun Kerana Gunting

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post

Lelaki Menderita Selama 12 Tahun Kerana Gunting

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd