• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKWAK Diperluas Ke Sabah Dan Sarawak Serta-Merta

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) yang sebelum ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia kini diperluaskan serta-merta ke Sabah dan Sarawak.

Mengumumkan demikian, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor gred G2 hingga G5 yang berdaftar dengan Lembaga pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan memperoleh projek-projek kerajaan persekutuan layak memohon skim berkenaan.

Katanya, kontraktor Bumiputera yang berminat memohon skim berkenaan boleh menghubungi pejabat BPKU di kedua-dua negeri berkenaan atau berhubung terus dengan pihak ibu pejabat di Putrajaya.

Selain itu, katanya, kontraktor Gred G1 (kelas F) di seluruh negara yang berjaya memperoleh projek-projek kerajaan persekutuan boleh mula memohon pinjaman SKWAK.

“Tempoh memproses permohonan kontraktor Gred G1 (kelas F) di bawah skim ini akan dipendekkan kepada sepuluh hari bekerja sahaja.

“Ini berbeza dengan permohonan kontraktor Gred G2 hingga G5 memandangkan kerja-kerja kontrak bagi kelas ini adalah singkat dan memerlukan bantuan kewangan modal secepat mungkin,” katanya.

Berucap merasmikan Himpunan IBS (Industrialised Building System) Bumiputera Kebangsaaan di sini, hari ini, beliau berkata, permohonan di bawah skim ini dijangka dibuka pada Januari tahun depan.

Dengan bantuan ini juga beliau berharap tidak lagi berlaku kontraktor Bumiputera menjual projek mereka kepada kontraktor bukan Bumiputera.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan khusus untuk kontraktor Bumiputera di Sabah dan Sarawak bahawa program ‘outreach’ akan dilaksanakan bagi permohonan baru dan permohonan pembaharuan taraf Bumiputera untuk kontraktor yang menetap jauh di pedalaman.

Katanya, pihak kementerian akan mewujudkan pusat hentian setempat di Miri, Sarawak dan Tawau, Sabah bagi meringankan beban kontraktor dari segi kos dan masa untuk berulang-alik ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Selain itu, katanya pihak kementerian juga bercadang mewujudkan pusat serupa di Sibu, Sarawak dan sebuah lagi di Sabah yang lokasinya belum ditetapkan.

Menurut Fadillah, pihak kementerian akan turut mengeluarkan satu “Blue Pages” yang merangkumi direktori semua usahawan atau vendor yang berdaftar dengan BPKU pada Januari tahun depan.

Selain itu, beliau berkata pembukaan pendaftaran kontraktor baru gred G1 (kelas F) akan dilaksanakan mulai tahun depan susulan daripada kadar pertumbuhan yang tinggi yang direkodkan dalam sektor pembinaan Negara dalam tempoh 17 tahun yang lalu. – BERNAMA

Tags: Fadillah Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Ditemui Dihadapan Unit Flat Di Klang

Next Post

Pelacuran – Alasan PDRM Atau Dakwaan ‘Duit Lendir’ Wujud?

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

12/09/2024
0

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63)...

Next Post

Pelacuran - Alasan PDRM Atau Dakwaan 'Duit Lendir' Wujud?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd