• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semuanya Propa! Lelaki Tak Jadi Ditelan Anaconda

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan lalu, seluruh penggemar rancangan dokumentari di saluran Discovery Channel ternanti-nanti program Eaten Alive kerana ia bakal memaparkan individu ekstrem yang merelakan dirinya ditelan anaconda.

Menurut sumber berita luar negara, Paul Rosolie, 27, menyediakan kelengkapan terbaik seperti sut khas serta helmet sebagai langkah keselamatan ketika dibelit dan ditelan hidup-hidup haiwan tersebut.

Sayangnya, penonton yang teruja menonton rakaman tersebut, hampa kerana situasi tersebut langsung tidak berlaku, malah Rosolie tak sempatpun ditelan haiwan itu.

23A328ED00000578-2864931-image-a-88_1418009183466

Malah, menurut portal berita luar negara, anaconda yang menjadi ‘pelakon utama’ dalam rakaman tersebut juga terpaksa diterbangkan khas kerana produksi itu gagal menemui seekor ular liar yang besar.

Pada mulanya, kru produksi tersebut dikerah untuk mencari anaconda sepanjang 26 kaki, namun akibat tak menjumpai reptilia sebesar itu, mereka terpaksa menggunakan anaconda tersebut yang hanya sepanjang 20 kaki.

23A4869A00000578-2864931-image-a-86_1418009118352

Lagi mengecewakan penonton, ular yang dipropa bakal menelan Rosolie, hanya sempat mengigit helmet yang dipakai individu itu sebelum dia memanggil kru dan anggota keselamatan untuk menghentikan aksi tersebut.

Menurut satu sumber, Rosolie berbuat demikian kerana dia merasakan lengannya bakal patah akibt belitan kuat ular tersebut di sekeliling tubuhnya.

23DDA77800000578-2864931-image-m-91_1418014497054 23DDA7D000000578-2864931-image-m-94_1418014583076 23DDA7A000000578-2864931-image-m-103_1418014718996

Menerusi laman sosial Twitter, ramai yang menghentam Rosolie serta Discovery Channel kerana menipu penonton kononnya lelaki tersebut bakal ditelan hidup-hidup.

Ada juga penonton yang mempertikaikan saiz ular tersebut yang lebih kecil berbanding saiz Rosolie yang bertambah besar setelah mengenakan sut keselamatan.

Malah, ada yang memuat naik gambar yang menyindir Rosolie kerana menggunakan judul rancangan ‘Eaten Alive’ untuk meraih jumlah penontonan tinggi.

B4TiwXHIUAIqSiI B4WwJ79CIAEgEVL

Namun, untuk menyelamatkan dirinya dari terus dihentam masyarakat, Rosolie berkata, “Masyarakat menjangkakan saya telah ditelan hidup-hidup oleh ular. Mereka seperti terlupa, ini adalah percubaan untuk masuk ke dalam perut haiwan ganas itu, bukan satu janji.”

Sebenarnya, berasas juga kemarahan dari penonton yang merasa tertipu. Rancangan tersebut tidak sesuai dinamakan ‘Eaten Alive’ kalau sekadar memaparkan gigitan ular di helmet. Siapa tak panas kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

https://www.youtube.com/watch?v=YME3NW421OU

Tags: berita luar negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Bansah, Raja Afrika Yang Perintah Negara Guna Skype

Next Post

Buat Laporan Polis Berhubung ‘Projek IC’ Dalam Laporan RCI

Related Posts

Ditahan Di Australia Bawa 900 Porno Budak

26/03/2018
0

SEORANG rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia selepas didakwa membawa ratusan gambar dan video lucah kanak-kanak ke...

Israel Batalkan Perakuan Media Wartawan Al-Jazeera

17/08/2017
0

BAITULMAQDIS - Israel semalam membatalkan perakuan media seorang wartawan Al-Jazeera kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan mempunyai unsur "penentangan", lapor agensi...

Next Post

Buat Laporan Polis Berhubung 'Projek IC' Dalam Laporan RCI

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd