• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Sedia Hadapi Banjir – Alfred Jabu

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak sudah bersedia menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan banjir, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata sebanyak 3,417 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi sudah bersiap sedia untuk digerakkan sekiranya berlaku bencana atau banjir di negeri berkenaan.

Agensi terbabit ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).

Jabu berkata mesyuarat JPBN hari ini menerima laporan dan maklumat daripada semua Pejabat Residen serta agensi kerajaan terbabit dalam pengurusan bencana banjir di negeri ini.

“Aset kerajaan yang akan dikerahkan dalam misi menyelamat semasa banjir ialah 239 lori, 178 kenderaan pacuan empat roda, 298 bot, tiga helikopter, sebuah pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga jet ski,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan 21 pangkalan hadapan dan 651 pusat pemindahan di pelbagai lokasi seluruh Sarawak.

Sebanyak 128 pembekal barang makanan sudah dilantik di seluruh negeri bagi membekalkan bahan tersebut kepada mangsa banjir, kata Jabu.

Katanya Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) memaklumkan musim Monsun Timur Laut bermula di Malaysia pada 7 Nov lepas dan keadaan itu mencetuskan tiupan angin Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini.

“Dalam tempoh berkenaan, negara dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari yang boleh menyebabkan banjir di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung pada November hingga Januari 2015 dan kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015,” katanya.

Sehubungan itu, Jabu menasihati penduduk di kawasan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada terhadap kawasan petempatan masing-masing dan peka terhadap sebarang amaran banjir daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata orang ramai boleh melayari portal yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan banjir di kawasan masing-masing.

Antara portal berkenaan adalah www.portalbencana.mkn.gov.my; www.ihydro.did.sarawak.gov.my dan www.met.gov.my

Jabu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berhemah dalam menggunakan media sosial supaya tidak menyebar maklumat palsu atau tidak sahih berkaitan bencana bagi mengelak keadaan panik. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd