• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumpai Miang Mexico Dikesan Di 3 Lagi Lokasi Di N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tiga lagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu Labu, Sendayan dan Jempol turut dikesan ditumbuhi rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya parthenium hysterophorus.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mustapa Umar berkata penambahan jumlah lokasi itu mencatatkan keluasan hampir 11 hektar setakat ini.

“Langkah pemusnahan peringkat pertama dengan menggunakan racun di kesemua kawasan terlibat telah dilaksanakan dengan jaya oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar. Tindakan susulan akan dilakukan selepas ini bagi memusnahkan anak benih rumpai tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya pemantauan di setiap kawasan akan dilakukan dua minggu sekali bagi bagi memastikan tumbuhan ini terhapus sepenuhnya dengan kerjasama FELDA, FELCRA dan RISDA.

Menurut beliau, setakat ini, penularan rumpai miang Mexico di negeri ini dapat dikawal dan dibendung dengan baik.

Rumpai miang Mexico merupakan sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia dan dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan buruk kepada ekosistem semula jadi, sektor pertanian dan ternakan selain kesihatan manusia.

Bahan kimia yang terdapat pada rumpai miang Mexico (debunga, bahagian akar, daun dan batang) iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.

Gejala daripada tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, dan allergic rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selesema dan asma. – BERNAMA

Tags: Rumpai Miang Mexico
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Besar Petanda Hudud Perlu Dilaksanakan – Nik Abduh

Next Post

Lebih 90,000 Mangsa Banjir Di Lima Negeri Dipindahkan

Related Posts

6 Daerah Di Sabah Ditumbuhi Tumbuhan Rumpai Miang Mexico

07/07/2015
0

KOTA KINABALU - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini enam daerah...

Rumpai Miang Mexico Di 3 Lagi Lokasi Di Sabah

24/12/2014
0

KOTA KINABALU - Jabatan Pertanian dan Industri Makanan Sabah mengesahkan penemuan rumpai miang Mexico di tiga lagi lokasi di dua...

Next Post

Lebih 90,000 Mangsa Banjir Di Lima Negeri Dipindahkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd