• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qantas Cipta Rekod, 3 Pendaratan Cemas Sehari!

oleh
10/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
Pasukan penyelamat Australia membawa keluar penumpang sebuah pesawat Qantas yang melakukan pendaratan kecemasan di Sydney semalam. – Gambar hiasan

SYDNEY – Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas hari ini mengesahkan mereka mencipta sejarah terpaksa melakukan tiga pendaratan cemas di tiga tempat berbeza dalam tempoh 24 jam semalam namun ketiga-tiga kes itu tiada kaitan antara satu sama lain.

Salah satu pendaratan tidak berjadual itu melibatkan sebuah pesawat komersial Airbus A380 untuk penerbangan jarak jauh tanpa henti paling panjang di dunia, QF7 dari sini ke Dallas di Texas, Amerika Syarikat lewat malam tadi yang terpaksa berpatah balik ke Sydney.

Pesawat itu yang biasanya mengambil masa 15 jam perjalanan normal dilaporkan kembali semula ke sini setelah empat jam berada di udara apabila mengalami masalah teknikal yang menjejaskan bekalan elektrik di kerusi, sistem hiburan dalam pesawat dan tandas.

Sebelum itu, sebuah lagi pesawat superjumbo Qantas model yang sama penerbangan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu ke Sydney terpaksa dilencongkan ke Perth selepas juruterbang mengesan kerosakan pada sistem pengudaraan kabin semasa berada di Lautan Hindi.

“Ini cuma prosedur operasi standard biasa apabila kapten kapal terbang menyedari ada masalah teknikal dan kami amat mementingkan nyawa semua penumpang,” kata ketua operasi penerbangan Qantas, Mike Galvin kepada pemberita tempatan di sini hari ini.

Insiden ketiga membabitkan satu penerbangan domestik dari ibu negeri Australia Barat, Perth menuju ke bandar perlombongan mineral terbesar, Karratha; terletak 1,500 kilometer ke utara Perth, apabila satu bauan aneh dikesan menyelubungi sebuah pesawat Qantas.

Ini memaksa juruterbang berpatah balik ke Perth dan secara kebetulan tiga kes tersebut berlaku pada hari sama, syarikat penerbangan kedua tertua di dunia selepas KLM Belanda itu mengumumkan keuntungan separuh tahun sebanyak A$350 juta (RM1.006 bilion).

Presiden Persatuan Juruterbang Antarabangsa Australia, Nathan Safe memberitahu stesen penyiaran kebangsaan ABC, semua kejadian itu tiada kaitan dan yakin pesawat moden kini dibina cukup selamat untuk menghadapi sebarang insiden kecemasan. – Agensi

Tags: AustraliaKLMQantasSydney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd