• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Suspek Kes Samun & Ragut

oleh Ahmad Albab
22/12/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai aktif dalam kes samun dan ragut di tiga daerah di Negeri Sembilan sejak Mei hingga Disember tahun ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif berkata mereka yang berumur 22 tahun dan 17 tahun itu ditahan di sebuah kondominium di Teluk Kemang, Port Dickson pada kira-kira pukul 7.20 pagi Rabu lepas.

“Siasatan mendapati selain menjalankan aktiviti samun dan ragut di daerah Rembau, Port Dickson dan Seremban, kedua-dua suspek yang berasal dari Rembau ini turut dipercayai menjalankan aktiviti mencuri motosikal.

“Semasa pihak polis tiba di lokasi berkenaan, kedua-duanya berada di dalam bilik sebelum cuba untuk melarikan diri melalui balkoni.

“Bagaimanapun, suspek wanita terjatuh dari tingkat lima kondo tersebut akibat terlepas genggaman tangan daripada suspek lelaki,” katanya di sini, hari ini.

Katanya suspek wanita kini dilaporkan koma manakala suspek lelaki mengalami kecederaan di kepala dan patah di kedua-dua belah tangan.

Mereka kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, katanya.

Ibrahim berkata antara barangan yang dirampas daripada mereka ialah 16 dompet, 12 beg tangan, tiga baju sweater, sebuah motosikal, enam telefon bimbit serta 13 keping ‘sim card’.

Katanya pihaknya turut menahan lima lagi individu berusia 18 hingga 25 tahun yang berada di ruang tamu kondominium itu ketika operasi mengesan dan menahan kedua-dua suspek dijalankan.

“Daripada jumlah itu, empat lelaki yang ditahan disahkan positif dadah jenis heroin manakala seorang lagi, wanita berumur 20 tahun dibebaskan,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=KztNyx2xGQc

Tags: kes ragutkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd