Dunia industri penerbangan buat tahun 2014 sememangnya mencatatkan sejarah duka selepas satu persatu kejadian dilaporkan oleh media cetak mahupun media elektonik.
Seperti belum berakhir, sebuah pesawat AirAsia Zest pula dilaporkan menghadapi masalah apabila terlajak dari landasannya ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Kalibo, Filipina lewat petang tadi.

Setakat ini, pihak AirAsia Filipina masih belum membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Bagaimanapun, semua penumpang serta anak kapal bernasib baik berikutan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian cemas itu.
Menurut laporan portal Rappler.com, kejadian tidak diduga ini berlaku disebabkan faktor cuaca angin kencang.
Gambar pendaratan cemas di kawasan rumput yang dilakukan pesawat AirAsia Z2272 terus menjadi perbualan apabila ianya tersebar di laman sosial, Twitter.
Penerbangan tersebut yang dijangka tiba pada pukul 4.15 petang di Lapangan Terbang Kalibo itu juga difahamkan ditunda selama hampir dua jam sebelum berlepas akibat cuaca buruk.- MYNEWSHUB.CC
VIDEO PIHAK BERKUASA INDONESIA SAHKAN PENEMUAN QZ8501
https://www.youtube.com/watch?v=akcPvZNOcUk



