• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Bagi Tambah Baik PLKN

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan telah melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input dan cadangan bagi menambah baik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata antara yang dicadangkan hasil perbincangan itu ialah penambahbaikan modul PLKN dengan memasukkan elemen kemahiran insani dan teknikal tanpa menjejaskan matlamat asal programnya.

“Jalinan elemen kemahiran dan kenegaraan ini akan dapat membentuk modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri negara dan pada masa yang sama dapat memupuk semangat kasih sayang dan cintakan negara,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mohd Salim Sharif @ Mohd Sharif di persidangan Dewan Negara hari ini.

Mohd Salim ingin tahu jumlah pelatih PLKN yang telah dilahirkan dan cadangan kementerian untuk menambah baik perkhidmatannya.

Hishammuddin berkata bagi merealisasikan transformasi PLKN, kementeriannya menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian seperti Belia dan Sukan, Pendidikan, Sumber Manusia, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kerja Raya serta Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau berkata kementeriannya turut bercadang mewujudkan makmal khas bagi memperhalusi dan seterusnya merumuskan semua pandangan daripada pelbagai pihak berkenaan.

“Pihak kementerian berharap dengan transformasi yang dicadangkan ini, ia akan menjadikan PLKN lebih bermanfaat kepada peserta yang menghadirinya serta menjadi pemangkin untuk ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti latihan PLKN, manakala pelajar pula bersedia untuk menyertai program ini dengan rela hati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan telah mengeluarkan seramai 832,712 pelatih PLKN sejak program itu diperkenalkan pada 16 Feb 2004.

Katanya hasil kajian yang telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2010 yang melibatkan 61,950 responden, menunjukkan bahawa PLKN telah berjaya membawa perubahan positif kepada para pelatih.

“Selain itu kajian juga telah dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 2013 yang melibatkan 3,787 responden dan ia menunjukkan maklum balas yang positif dalam semua aspek yang dinilai khususnya berkaitan semangat patriotisme bekas pelatih,” katanya. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd