• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran IC Haram Kerana Tamak, Bukan Politik

oleh AK-47
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah mendapati pengeluaran kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada pendatang asing di negeri ini didorong faktor kewangan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata tidak ada dalam hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan pengeluaran IC kepada pendatang asing dibuat atas kepentingan politik, khususnya atas nama ‘Projek IC’.

“(Suruhanjaya mendapati) kerajaan telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan IC dan dokumen pengenalan diri lain tanpa mengikut lunas undang-undang.
    
“Ini jelas menunjukkan bahawa isu ‘Projek IC’ yang dibangkitkan tidak timbul,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah di sini hari ini.
    
Menurut Ali, suruhanjaya tersebut membuat kesimpulan terdapat kebarangkalian ‘Projek IC’ itu wujud, tetapi hanya berdasarkan lima saksi “yang bukan sahaja tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas, malah merupakan bekas pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berkaitan penglibatan mereka dalam pengeluaran IC secara haram.”

Beliau juga berkata suruhanjaya itu mendapati tidak terdapat petunjuk jelas proses permohonan dan pengeluaran IC oleh JPN adalah salah mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 1972.

“Perkara yang salah ialah tatacara yang telah disalahgunakan oleh pemohon dengan memberi maklumat (peribadi) tidak tepat dan selepas itu, pengesahan maklumat (tidak tepat) itu dibuat oleh ketua kampung dan sebagainya (pihak berkuasa berkaitan).
    
“Suruhanjaya mendapati penggunaan akuan berkanun atau surat akuan yang sebenarnya memudahkan dan menyerlahkan penyalahgunaan tersebut (maklumat peribadi tidak tepat),” kata Ali.

Mengenai orang bukan wargenegara yang mendaftar sebagai pemilih, Ali berkata berdasarkan keterangan menyeluruh sepanjang prosiding RCI dijalankan, suruhanjaya itu tidak dapat menentukan bilangan sebenar mereka.– BERNAMA

Tags: PatiRCI Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd