• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Hantar Nota Maaf Beserta RM150 Lepas Pecah Kereta Imam

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, selepas memecahkan kereta seorang ustaz beberapa hari lalu, si pencuri kemudiannya bertindak menghantar surat permohonan maaf kepada empunya kereta.

Bukan itu sahaja, dalam surat tersebut juga, si pencuri mengirimkan wang ganti rugi sebanyak RM150 buat ustaz terbabit untuk menggantikan kembali cermin kereta yang telah dipecahkan.

Memetik portal Oh!Media, kejadian pecah kereta itu menimpa imam Masjid As-Syakirin, Gombak iaitu Ustaz Muhaimin bagi tujuan merompak.

Namun, petunjuk Yang Maha Esa itu lebih besar, beberapa hari kemudiannya, ustaz terbabit menerima kiriman sepucuk surat bersama-sama duit dari penjenayah terbabit.

Tulis si penjenayah terbabit, “Tolong jangan buat apa-apa pada saya, kalau tuan ada buat apa-apa pada saya tolong tarik balik, saya tak ambil apa-apa dari kereta Persona belakang masjid maghrib hari tu.

Saya sekalikan RM150 untuk tuan ustaz baiki cermin balik. Tolong la jangan buat apa-apa pada saya.”

Itulah, perbuatan buruk terhadap pihak lain pastinya akan mendapat balasan. Namun begitu, melalui laporan tersebut, pengirim surat tidak menyatakan ‘balasan’ yang diterimanya sehingga memutuskan untuk memohon maaf.

Buat pencuri, perompak, peragut dan penjenayah di luar sana, beringatlah, jangan sesekali mengambil sesuatu yang bukan milik anda kerana pastinya, kuasa Dia mengatasi segala-galanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: pencuriperompakustaz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pekerja Kencing Di Longkang, Restoran Mamak Kotor Diarah Tutup Kali Ketiga

Ustaz Didakwa Cabul 3 Murid Ketika Sesi Pembelajaran Di Kelas

02/02/2024
0

Tawau: Seorang ustaz sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd