• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UniMAP Tinjau Teknologi Kereta Kabel Di Switzerland

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOUNT TITLIS (Switzerland) – Sebilangan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berada di Gunung Titlis, lokasi permainan luncur salji popular di Switzerland begitu kagum dengan teknologi kereta kabel yang disediakan di pergunungan ini.

Mereka yang terdiri daripada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP teruja dengan perkhidmatan kereta kabel berkenaan yang setiap hari mengangkut ribuan penumpang ke puncang gunung setinggi lebih 3,000 meter ini.

Yang Dipertua MPP, Azwan Shahmie Zakaria berkata perkhidmatan yang dirasmikan pada 1967 itu masih berfungsi sehingga kini dan memberi sumbangan besar kepada pelancong dan penggemar sukan ski.

“Namun begitu tidak ramai yang bertanya bagaimana sistem pengangkutannya berfungsi sekian lama,” katanya kepada Bernama.

Untuk tiba di puncak, pelancong perlu menaiki tiga kenderaan iaitu gondola, elevator kotak dan kereta kabel berputar yang mengambil masa kira-kira satu jam.

Perjalanan dari kaki gunung bermula dari Engelberg ke stesen Gerschnialp pada ketinggian lebih 1,200 meter dan menukar menaiki elevator kotak yang boleh memuatkan 70 orang ke stesen Trübsee.

Perjalanan seterusnya ke stesyen Stand yang terletak di puncak gunung dengan menggunakan kereta kabel berputar yang membuka ruang kepada pengunjung menikmati pandangan yang lebih luas.

Para pelajar berkenaan yang menyertai program Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis Siri ke-10 turut berpeluang melawat pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan sempat menyaksikan satu persidangan walaupun dalam tempoh yang singkat.

Sempena program itu mereka juga berpeluang merasai suasana dan budaya masyarakat di Colmar, Perancis dan Titisee, Jerman.

Timbalan Yang Dipertua MPP Nor Sa’adah Hairuddin gembira dengan pengalaman baharunya itu yang kagum dengan gaya hidup masyarakat di negara-negara berkenaan yang pandai menghormati masa dan menjaga kebersihan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP dan Raja Pua Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mengetuai delegasi program yang turut disertai Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Nazrin Shah Dianugerahi Darjah Kebesaran DMN

Next Post

28,000 Sukarelawan Bersihkan Alam Sekitar

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

Next Post

28,000 Sukarelawan Bersihkan Alam Sekitar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd