• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nisha Tepati Ramalan Emas Karate Acara Kumite

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Pemenang emas Sukan SEA 2013, A. Nisha berjaya menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas acara karate apabila menang acara kumite bawah 55kg pada Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di sini, hari ini.

Pada final, Nisha terpaksa bertarung hebat sebelum mencatatkan kemenangan tipis 4-3 ke atas Tippawan Khamsi.

Ia merupakan kemenangan kedua Nisha ke atas lawan dari Thailand itu selepas pertemuan pada Kejohanan Karate Antara Negara-Negara Asean (SEAKAF) 2013 di Filipina.

Pingat gangsa diraih oleh peserta tuan rumah, Galuh Andayanim, yang menewaskan Ampuan Nur Hazirah dari Brunei dengan mata 8-0.

Nisha berkata Sukan AUG di sini merupakan platform terbaik bagi mengenal pasti pencabar di peringkat Asean bagi persiapan Sukan SEA Singapura, tahun depan.

Sementara itu, skuad wanita juga turut meraih dua pingat gangsa dalam kategori bawah 61kg dan bawah 50kg, masing-masing menerusi M.Mathiavani dan M. Yokananthini.

Mathiavani menewaskan Hin Yu Wai dari Myanmar dengan mata 9-1 manakala Arm Sukkiaw dari Thailand meraih pingat emas selepas mengalahkan peserta tuan rumah, Devina Dea, 7-3.

Yokananthini pula mencatat kemenangan 7-0 mengenepikan Thipphavanh dari Thailand untuk meraih pingat gangsa.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh peserta Thailand, Paweena Raksachart selepas menundukkan peserta Indonesia, Merlin Entamoing, dengan mata 8-6. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd