• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef, Kementerian Kerja Raya Baik Pulih Jalan

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama untuk membaik pulih jalan raya dan jambatan yang rosak akibat banjir untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan makanan kepada mangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyatakan persetujuan dengan langkah berkenaan.

“Perkara menjadi kebimbangan saya pada masa ini adalah jalan terputus yang menyebabkan sukar untuk kita hendak menghantar bekalan makanan. Kita terpaksa menggunakan helikopter yang penggunaannya bergantung kepada cuaca.

“Saya akan buat tinjauan untuk mengesan jalan raya terjejas bagi mengambil tindakan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat OP Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara TUDM Kuantan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi dan Panglima Empat Briged Mekanize, Brig Jen Datuk Ahmad Tajuddin Abd Ghani.

Sementera itu, Hishammuddin berkata pihaknya akan mewujudkan sebuah lagi pusat pengumpulan barangan bantuan di Ipoh bagi memudahkan bantuan sampai dengan lebih cepat kepada mangsa.

Pada masa ini katanya pusat pengumpulan barangan bantuan kepada mangsa hanya terdapat di Subang, Butterworth dan Batu Berendam.

Ditanya sama ada bilangan aset Kementerian Pertahanan mencukupi bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir, beliau berkata pihaknya turut meminta bantuan pesawat MasKargo dan AirAsia bagi melaksanakan misi tersebut.

Selain itu, Hishamuddin turut menyambut baik saranan supaya anggota sukarelawan di setiap agensi kerajaan digerakkan bagi membantu membersihkan operasi pasca banjir.

“Pembersihan pasca banjir perlu dilakukan segera kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan mangsa banjir dan bagi memastikan sekolah-sekolah yang menjadi pusat pemindahan banjir dapat digunakan pada sesi persekolahan akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKRMindef
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Penumpang QZ8501 Terapung Turut Ditemui

Next Post

Jobstreet Terus Menjadi Antara Kaunter Paling Aktif

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan 4 Helikopter Black Hawk

06/11/2024
0

SHAH ALAM : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat yang sebelum...

Next Post

Jobstreet Terus Menjadi Antara Kaunter Paling Aktif

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd