• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liputan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Capai 38 Peratus

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Liputan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) mencapai 38 peratus bagi isi rumah di kawasan zon ekonomi seluruh negara terutama di Lembah Klang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kerajaan akan memperluas perkhidmatan itu melalui Projek HSBB Fasa 2 di semua ibu negeri dan bandar utama terpilih, yang mampu menyediakan kelajuan sehingga 100 megabits per saat (Mbps).

“Perkhidmatan jalur lebar sudah menjadi pengukuran maju mundur sesebuah negara, negeri, bandar dan daerah. Mengikut pelan induk jalur lebar kementerian, definisi jalur lebar berkelajuan tinggi ialah 10Mbps dan ke atas. Kalau kurang daripada itu hanyalah jalur lebar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Kerajaan juga komited untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan jalur lebar di kawasan pinggir bandar melalui pelaksanaan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), katanya.

Ahmad Shabery berkata projek itu akan meningkatkan kapasiti perkhidmatan jalur lebar di kawasan pinggir bandar terpilih dengan perkhidmatan jalur lebar yang berkelajuan sehingga 20Mbps.

Beliau berkata kerajaan telah membina 336 menara telekomunikasi di seluruh negara setakat ini dan akan membina 1,000 menara baharu dalam masa tiga tahun lagi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd