• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

830,000 Saman Belum Dijelaskan Pemandu Warga Asing

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 838,510 saman tertunggak belum dijelaskan oleh pemandu warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya di negara ini bagi tempoh 2000 hingga 2013.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Superitendan Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata kebanyakan saman tertunggak itu membabitkan pemandu warga Singapura.

“Jumlah tertunggak bagi pemandu warga Singapura adalah 313,661 iaitu 37.4 peratus diikuti Brunei (48,179), Thailand (17,654), Indonesia (2,614) dan lain-lain (456,402),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi mengesan kesemua pesalah trafik yang gagal membayar saman ini, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menjalankan kerjasama dengan Jabatan Imigresen serta mengadakan sekatan di pintu-pintu masuk negara untuk menjejaki individu berkenaan bagi menyelesaikan saman tertunggak.

“Polis meminta agar pemandu warga asing tidak kira dari Singapura, Brunei mahupun Thailand, yang ingin masuk semula ke negara Malaysia supaya segera menyelesaikan saman terbabit sebelum dikenakan tindakan lanjut. Tolong hormati undang-undang kita.

“Pemandu warga asing juga boleh membayar saman tertunggak melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my dengan menggunakan kad kredit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad berkata bagi tempoh 2011 sehingga November lalu, sebanyak 42,864 saman dikeluarkan bagi kesalahan memotong atau menggunakan lorong kecemasan.

“Sepanjang Ops Selamat 5 yang lalu juga, sejumlah 2,529 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya seluruh negara atas kesalahan memotong Q dan memotong garisan berkembar,” katanya.

Katanya, dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas, pihaknya menerima 55 unit kamera ‘trucam’ yang diedarkan kepada semua kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zon Peronda Lebuh Raya.

Mohd Fuad turut menyampaikan sijil kepujian kepada dua anggotanya, Lans Koperal Mohd Syazwan Zulkapli dan Lans Koperal Mohd Farid Amran kerana memberi contoh terbaik dalam usaha memerangi jenayah rasuah.

“Kedua-dua mereka menangkap pemandu yang cuba memberi rasuah sebanyak RM800 beberapa bulan yang lalu dan pemandu tersebut dihadapkan ke Mahkamah Taiping pada 2 Disember lalu.

“Cawangan trafik kini sedang memerangi jenayah rasuah di semua peringkat pegawai atau anggota dan pegawai awam cawangan trafik. Sesiapa cuba menyogok rasuah akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Mohd Fuad berkata, ia selaras dengan usaha dan komitmen pucuk pimpinan PDRM dalam memerangi rasuah melalui Kempen Tolak Rasuah yang dilancarkan pada 24 Julai lalu.

“Aduan integriti boleh dibuat dengan menghubungi talian bebas tol iSPAA, 1800-880-222 atau hadir mana-mana balai polis berdekatan dan aduan perlu mengandungi maklumat mencukupi untuk menjalankan siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: polissaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja McD Tak Sengaja Tayang Filem Lucah Pada Pelanggan

Next Post

AirAsia Lantik Park Ji-Sung Sebagai Duta Global

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

AirAsia Lantik Park Ji-Sung Sebagai Duta Global

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd