• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20,000 kaki Judi Dalam Talian Ditahan

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 20,216 orang kaki judi dan penganjur pusat perjudian secara dalam talian ditahan polis antara Januari hingga November tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara di sini bahawa daripada jumlah itu, seramai 7,181 orang telah dituduh di mahkamah.

“Daripada operasi khas yang dilaksanakan pada 2014 sahaja, polis melakukan 62,819 serbuan dan merampas 138,166 unit komputer dianggarkan bernilai RM138.1 juta,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator S. Chandra Mohan yang bertanya mengenai langkah-langkah bagi membanteras masalah perjudian dalam talian.

Wan Junaidi berkata Kementerian Dalam Negeri melalui pihak polis sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan dalam menangani kegiatan perjudian perseorangan atau sindiket.

“Bagi menentukan aktiviti perjudian dapat ditangani dengan lebih berkesan dan terancang, kementerian dan polis mengambil pelbagai pendekatan termasuk melancarkan operasi khas Ops Dadu, menubuhkan pasukan khas di peringkat Bukit Aman dengan kekuatan seramai 200 pegawai dan kakitangan awam,” katanya.

Wan Junaidi berkata selain itu, kementerian menyediakan nota makluman dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri mengenai perlunya tindakan bersepadu antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis dan kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad dan pihak pembekal air dipertingkatkan untuk tindakan pemotongan bekalan eletrik dan air di premis judi degil.

Menurutnya pihak berkuasa berdepan kekangan ketika serbuan antaranya pusat perjudian ditutup dan dipindahkan ke tempat lain selepas waran geledah dikeluarkan mahkamah, server berada di luar negara dan sindiket menggunakan alat kawalan jauh untuk menutup dan menukar laman perjudian dalam laman web sosial.

“Kementerian yakin polis dapat membasmi kegiatan perjudian ini namun, usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa ada penglibatan daripada orang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: JUDIWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Maut Ditembak Di Jalan Klang Lama

Next Post

Dah Kena Tarik… “Saya Tidak Minta Gelaran Datuk Seri” – Anwar

Related Posts

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Next Post

Dah Kena Tarik... "Saya Tidak Minta Gelaran Datuk Seri" - Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd