• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Terbit Buku Panduan Barangan Dikenakan GST

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menerbitkan buku panduan bagi memudahkan pengguna mengetahui jenis barangan yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai April tahun depan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hassan Malek berkata buku panduan itu merangkumi harga pelbagai jenis barangan sebelum dan selepas dikenakan GST bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga.

Beliau berkata buku panduan itu akan diedarkan mulai 1 Feb depan selain disediakan secara dalam talian, katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat CNI Holdins Berhad di sini, hari ini.

Hassan berkata bagi barangan yang dijual secara jualan langsung, pengguna diminta merujuk buku panduan itu atau mendapatkan maklumat secara terus dengan Kementerian Kewangan mengenai jenis barang yang dikenakan GST.

Ketika ditanya mengenai jangkaan harga petrol bagi Januari ini, Hassan berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai harga baharu bahan bakar itu.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya hanya akan diumumkan pada hari pertama setiap bulan.

“Saya tak nak ramalkan…untuk hari ini, itu adalah harga untuk bulan ini berdasarkan kajian harga pada bulan lepas.

“Untuk Januari, kita akan umumkan kemudian dan ia bergantung kepada trend harga minyak semasa,” katanya.

Bulan lepas, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Dis ini. – BERNAMA

Tags: GSTHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd