• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komunikasi Radio Bantu Semasa Bencana

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Sarawak (Sares) akan turut menyertai Jawatankusa Bantuan Bencana Sarawak (SDRC) bagi memberi sokongan komunikasi menerusi radio sekiranya berlaku bencana.

Presidennya Kapten Zainuddin Tan Sri Hamdan Sirat berkata Sares yang kini menduduki SDRC yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu akan mewujudkan pusat komunikasi dan bilik operasi untuk menyalurkan maklumat mengenai misalnya situasi banjir di kawasan pedalaman atau keperluan bantuan oleh mangsa.

Beliau berkata Sares telah memberi sokongan komunikasi kepada pertandingan latihan tindak balas insiden besar di Perkampungan Budaya Sarawak baru-baru ini.

Setiausaha Sares, Morgan Gregory berkata mereka bersedia untuk ditempatkan di mana sahaja di Sarawak termasuk kawasan pedalaman yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan rangkaian selular.

Beliau berkata Sares kini tidak memiliki pangkalan stesen rasmi tetapi anggotanya sebanyak 60 orang beroperasi dari rumah seperti semasa banjir di Kuching dan Bau.

Sares kini membuka keanggotaan kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas dan latihan mengendalikan radio akan diberikan kepada mereka, katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Zainuddin di talian 013 3500 279 atau Morgan di 016 857 5678. – BERNAMA

Tags: Telekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Usaha Atasi Masalah Internet Perlahan Musim PKP

05/04/2020
0

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah baik capaian internet di kawasan perumahan yang...

Pakej Khas Internet Percuma Bernilai RM600 Juta

27/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd