• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Disalah Tafsir, Awal Tampil Jernihkan Keadaan

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung bulan lalu, pengacara yang juga pelakon, Awal Ashaari dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan mengkritik trend terkini dunia pengacaraan yang lebih memilih pelawak bagi mengendalikan sesuatu majlis.

Situasi tersebut dikatakan kurang disenangi figura itu kerana menganggap ia menganggu ‘periuk nasi’nya sebagai pengacara profesional.

Ya, kalau hendak difikirkan, memang berani betul Awal mengeluarkan kenyataan sedemikian. Bukankah ianya bakal menimbulkan konflik kelak kerana seperti kita sedia maklum, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah sebesar Hollywood?

Sementelah, Awal sendiri berkolaborasi dengan beberapa pelawak dan pelakon yang bukanlah menjadi pengacara secara sepenuh masa, antaranya Zizan, Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad.

Setelah isu ini reda, bapa kepada bayi comel Lara Alana itu tampil menjelaskan situasi sebenar melalui entri yang dimuat naik di laman Facebook peribadinya.

Untitled

Menurutnya, kenyataan tersebut telah disalah lapor sehingga banyak pihak menganggap isu tersebut sengaja dibangkitkannya akibat tidak berpuas hati dengan senario semasa tersebut.

“Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan, ‘Apa pendapat saya apabila sekarang lambakan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?” tulisnya dalam ‘posting’ berkenaan.

Tambahnya lagi, “Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa.

Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience.

Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.”

Dalam tulisan tersebut juga, Awal mengingatkan rakan pengacara lain tentang bagaimana industri hiburan menyampaikan laporan kerana bak katanya, ‘sometimes what you said is not actually reported’.

Namun, dia juga tidak menyalahkan wartawan secara total kerana lain individu maka lain interpretasinya terhadap sesuatu kenyataan.

“To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. You’re a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.” 

Harapnya isu ini tak dipanjangkan lagi selepas ini. Tak ada faedah pun, kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Sedutan Perkahwinan Gilang-Gemilang Selebriti Awal Ashaari & Scha Alyahya

Tags: Awal AshaariScha Al Yahyaselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanah Runtuh Halang Laluan Di Jalan Kenyir – Aring

Next Post

Bapa Tiri Iblis! Rogol Anak Perempuan, Liwat Anak Lelaki

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

Next Post

Bapa Tiri Iblis! Rogol Anak Perempuan, Liwat Anak Lelaki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd