• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Bot Terbalik Terharu Terima Kunjungan PM

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Keluarga pasangan suami isteri yang mati lemas dalam kejadian bot terbalik di Kemaman, terharu menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanyakan khabar mereka dan enam anak pasangan itu.

Mereka berterima kasih dengan keprihatinan pemimpin nombor satu negara terhadap nasib enam anak pasangan Nur Hayati Sulong dan Suhaimi Awang, yang kini yatim piatu.

Enam beradik itu ialah Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izah Insyirah, 11; Muhammad Ifran Irshad, 9; Nur Intisar Iedihar, 6; Muhammad Aqil Amsyar, 4 dan Nor Adifa Arissa berusia empat bulan.

Abang Nur Hayati, Azman, 44, berkata beliau akan mengambil alih tugas menjaga dan membesarkan enam anak saudaranya itu termasuk dari segi pendidikan dan kebajikan mereka.

“Saya reda dengan kehendak ilahi, tiada siapa yang menduga perkara ini berlaku dan kami akan berusaha memberikan yang terbaik bagi membesarkan enam beradik ini.

“Sekarang ini kesemua mereka seakan memahami dan menerima kejadian yang menimpa ibu bapa mereka,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Najib di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini.

Dalam kejadian pada 24 Dis lalu, Nur Hayati, 37, dan suaminya Suhaimi, 37, dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka terbalik di Kampung Geliga Che Akob di sini.

Mayat Nur Hayati ditemukan pada 26 Dis manakala mayat suaminya keesokannya oleh pasukan penyelamat. – BERNAMA

Tags: BanjirNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd