• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IS Jual Organ Biaya Kegiatan Militan

oleh Ahmad Albab
22/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Media Amerika Syarikat membuat pendedahan mengejutkan mengenai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang didakwa mengumpul dana bagi membiayai kegiatan mereka menerusi penjualan organ manusia.

Laporan Media Al-Monitor yang berpangkalan di negara itu menyebut, urusniaga penjualan organ manusia yang bekalannya diperoleh daripada pejuang yang gugur atau mangsa culik itu adalah antara kaedah untuk membiayai kegiatan kumpulan itu.

Ia terbongkar apabila pakar otolaryngologist, Siruwan al-Mosuli mendedahkan bagaimana beliau menyedari berlakunya pergerakan luar biasa dalam perkhidmatan penyediaan kemudahan perubatan di Mosul sejak kebelakangan ini.

“Pakar bedah Arab dan asing diambil bekerja, tetapi mereka dilarang bergaul dengan doktor tempatan. Bagaimanapun, maklumat mengenai penjualan organ akhirnya bocor,” lapor Press TV yang memetik kenyataan Mosuli.

Kata doktor itu lagi, hasil pemerhatiannya, pembedahan dilakukan di hospital dan organ yang diperoleh daripada mayat diedarkan melalui jaringan urusniaga pemerdagangan organ manusia.

Selain itu, akhbar Financial Times pula melaporkan kumpulan IS didakwa membunuh 100 anggotanya yang berasal dari luar negara kerana dikatakan cuba melarikan diri dari ibu pejabat kumpulan tersebut di Raqqa.

Sumber media itu memberitahu, anggota IS cuba melarikan diri kerana kecewa dengan realiti sebenar perjuangan di Syria. – mStar Online

Tags: ISorgan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Berita Tular Penculikan, Jual Organ Kanak-Kanak Tidak Berasas

Berita Tular Penculikan, Jual Organ Kanak-Kanak Tidak Berasas

04/10/2022
0

Georgetown : Polis menyifatkan berita penculikan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular di media sosial kebelakangan ini sebagai tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd