• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pecah Ban Untuk Elak Banjir – Zambry

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran kepada semua pihak yang terbabit dengan banjir di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan memecahkan ban bagi mengelak banjir di kawasan masing-masing.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, tindakan memecahkan ban berlaku di beberapa kawasan yang dilanda banjir di negeri ini.

“Kita telah arahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk segerakan siasatan ini bagi mengelak bencana dan kemusnahan yang lebih besar.

“Kita pandang serius tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat MKN mengenai situasi banjir di Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu sangat berbahaya kerana ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar di kawasan lain.

Zambry menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya memaklumkan kepada pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) jika berlaku limpahan air yang berterusan di kawasan mereka.

Selain itu, Zambry berkata Jawatankuasa Pasca Banjir akan diwujudkan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Kita telah bincang untuk wujudkan satu pasukan yang membabitkan semua pihak termasuk kerajaan dan juga bukan kerajaan bagi kita kendalikan pasca banjir.

“Selepas banjir berlaku, tentunya proses pembersihan akan dilakukan dan ini membabitkan kerja yang lebih besar,” katanya.

Beliau berharap semua pihak tampil membantu mangsa banjir di negeri ini bagi menyegerakan proses pembersihan untuk membolehkan mereka kembali ke kediaman masing-masing.

Zambry berkata, setakat ini terdapat 7,664 mangsa banjir yang ditempatkan di57 pusat pemindahan di negeri ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=2qbx-CS7teM

Tags: BanjirZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Nyawa Termasuk Seorang Bayi Melayang Dalam Sekelip Mata 

Tiga Nyawa Termasuk Seorang Bayi Melayang Dalam Sekelip Mata 

10/12/2025
0

SEPASANG suami isteri dan seorang bayi berusia kira-kira setahun maut pada pagi Selasa, 9 Disember 2025, selepas kereta yang mereka...

Banjir Besar Landa Kuala Lumpur Ekoran Hujan Lebat Petang Tadi

Banjir Besar Landa Kuala Lumpur Ekoran Hujan Lebat Petang Tadi

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat petang tadi selepas hujan lebat berterusan lebih satu jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd