• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Politik Cetuskan Ketegangan Kaum, Agama

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan anggota mana-mana badan atau pertubuhan diminta tidak menggunakan politik untuk mencetuskan ketegangan kaum atau agama di negara ini, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara berkata tindakan seumpama itu akan mencemar imej pertubuhan dan mencetus suasana tidak selesa dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini.

“Kita (Wanita Umno) tidak pernah bersetuju dengan mana-mana jua badan atau pertubuhan, apa sahaja bangsa mereka, agama mereka, menggunakan politik dan agama untuk melakukan kekacauan dalam negara berbilang kaum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Krismas di Rumah Kebajikan Charis di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah parti pembangkang bahawa anggota sebuah pertubuhan telah bertindak menanggalkan kain rentang Krismas di ibu pejabat sebuah parti pembangkang di Ipoh, Perak Jumaat lalu.

Bagaimanapun Shahrizat berkata perkara tersebut perlu disiasat terlebih dahulu sama ada ia benar-benar dilakukan oleh pihak yang didakwa.

“Walaupun berbilang kaum, kita mesti hidup bersatu padu, kita perlu mencari kekuatan dan jangan biar kelainan memecahbelahkan kita,” katanya.

Pada majlis itu, yaysan itu bersama-sama rakan korporat UMW Toyotsu Cawangan Shah Alam menyalurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan sekolah serta persiapan Krismas untuk penghuni rumah berkenaan.

Rumah Charis yang ditubuhkan lebih 10 tahun lalu kini mempunyai penghuni terdiri daripada 18 warga tua dan 30 kanak-kanak.- BERNAMA

Tags: Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd