Melihat barang rumah tunggang langgang seperti peti ais dan TV terbalik serta tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati.
Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik sudah rosak.
Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun sudah beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?
Anda harus ingat, barangan elektrik tersebut bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut apabila terkena air, ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sedikit pun apabila terkana air jika tiada arus elektrik mengalir pada saat ia tenggelam dalam air.
Jadi berkemungkinan besar tidak ada yang rosak pada peralatan-peralatan tersebut, cuma sedikit kotor akibat diselaputi lumpur banjir.
Hasil dari pengalaman Saiful Nang, Pengasas kepada NGO Rumah Kebajikan, yang sebelum ini menjadi mangsa banjir besar di Kedah pada tahun 2005.
Melalui pengalamanya, beliau telah berkongsi tujuh langkah untuk anda bersihkan dan penggunaan semula barangan elektrik selepas banjir.
Jom lihat apa langkah-langkahnya.
1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan elektrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.
Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru, anda boleh kongsikan artikel ini kepada rakan dan kenalan mangsa banjir anda, mudah-mudahan ini dapat membantu.-MYNEWSHUB
Sumber: Facebook Saiful Nang
Oleh: hzqahmd

