• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jadikan Disember Bulan Gotong-Royong’

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat jelata termasuk pegawai kerajaan dan wakil rakyat agar turun padang membersihkan kawasan rumah masing-masing sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.

Baginda bertitah, walaupun kerajaan negeri telah membuat persediaan rapi menghadapi banjir pada tahun ini namun orang ramai perlu membuat persediaan awal dengan membersihkan kawasan kediaman mereka agar laluan air tidak tersekat apabila berlaku banjir.

“Jadikan bulan 12 (Disember) ini sebagai bulan gotong-royong. Walaupun dua tiga hari ini keadaan baik tetapi orang ramai juga perlu main peranan dengan bergotong-royong membersihkan kawasan rumah masing-masing.

“Jangan harapkan bantuan kerajaan negeri semata-mata. Jika kawasan A parit atau longkang tersumbat, orang kawasan A lah yang bertanggungjawab, bukan kerajaan negeri,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan menghadapi musim banjir oleh kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Safian Ismail.

Tengku Abdullah juga bertitah dalam menghadapi musim banjir pada tahun ini, kerajaan negeri telah memperkemaskan persediaan dari segi logistik dan menempatkan kira-kira 8,000 petugas pada waktu tersebut.

Mengulas dakwaaan pihak tertentu dalam media sosial bahawa terdapat kira-kira 4,000 lagi mangsa banjir di negeri ini pada tahun lepas masih belum menerima bantuan berupa televisyen dan peti ais, Tengku Abdullah memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Jual Duit Emas Potret Sultan Pahang

09/01/2019
0

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang,...

Media Arus Perdana Perlu Pantas Tepis Berita Palsu

05/12/2018
0

KUANTAN - Media memain peranan penting untuk menyebarkan sebarang berita dan maklumat penting dengan tepat demi menjamin kestabilan dan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd