ZURICH – Kumpulan aktivis pencinta haiwan telah menghantar petisyen kepada kerajaan Switzerland agar mengharamkan amalan tradisi Negara yang menjadikan kucing dan anjing sebagai hidangan ketika perayaan Hari Natal.
Presiden kumpulan SOS CHAT Noiraigue, Tomi Tomek berkata, masih terdapat 3 peratus daripada penduduk negara berkenaan terutama di Appenzull, Lucerne, Jura dan Berne yang masih makan hidangan berkenaan.
“Anda tidak boleh membuat laporan polis kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang,’’ katanya.
Daging anjing kebiasaannya dijadikan sosej manakala kucing pula sering dihidangkan ketika menyambut perayaan krismas.
SOS CHAT Noiraigue sebelum ini berjaya dalam kempennya agar penjualan bulu kucing diharamkan.

