• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Halim Othman Kendali Segmen Sukan Tercapai

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Hasrat penyampai radio Suria FM Halim Othman untuk mengendalikan program berbentuk sukan tercapai apabila stesen radio tersebut memberi kepercayaan kepadanya menguruskan segmen Grandstand Suria bermula Januari 2015.

Halim berkata, sebagai seorang yang begitu meminati bidang sukan, segmen yang dipertanggungjawabkan bersama Naim Tahak itu sudah pasti tidak akan disia-siakannya.

“Mengendalikan segmen sukan merupakan antara perancangan saya. Dah lama saya mengidamkan untuk membicarakan perihal sukan kerana saya sendiri begitu meminati bidang sukan.

halim 2

“Setelah 15 tahun berada di dalam industri, saya merasakan ini peluang yang baik dan saya cukup teruja”, katanya.

Segmen Grandstand Suria memberikan laporan-laporan terkini mengenai sukan, temubual eksklusif bersama atlit-atlit serta personaliti yang terbabit dalam industri sukan.

Ia bakal keudara pada setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula pukul 6 hingga 10 pagi.

Sementara itu, menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, Halim dilihat sebagai personaliti yang paling layak mengendalikan segmen tersebut apatah lagi dia mempunyai pengetahuan dunia sukan yang luas.

“Halim antara yang banyak memberikan pendapat serta melontarkan idea dalam memperbaiki mutu Suria FM dan dia juga menyatakan keinginannya untuk mengendalikan segmen itu.

“Dengan pengalaman dan personaliti yang ada, rasanya Halim adalah orang yang paling layak. Tambah pula dia mempunyai keserasian dengan seorang lagi penyampai radio kami, Naim Tahak,” ujarnya.

Sehingga akhir tahun ini, Halim masih lagi bergandingan dengan Adibah Noor menerusi segmen Ceria Pagi, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 5 pagi hingga 10 pagi. – mStar Online

Tags: DJ radio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lompat Tak Salah, Selagi Tak Langgar Kontrak” – Shahrol

07/08/2018
0

PELAWAK Shahrol Shiro memberitahu tindakannya berpindah-pindah stesen radio bukan satu kesalahan selagi ia tidak melanggar sebarang kontrak. Penyampai segmen Team...

Issey, Shahrol (Shiro) Muka Baharu Suria FM

06/08/2018
0

PELAWAK Shahrol (Shiro) dan bekas penyampai Hot Fm, Issey Fazlisham diumum sebagai penyampai baharu segmen Team Suria Pagi bermula Isnin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd