• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Fatihah… Guru Maut Kereta Terjunam Masuk Parit

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM (Selangor) – “Ayah ada beritahu dia mahu memancing di Pantai Sungai Labu, Kuala Selangor hari ini (semalam). Tidak sangka dia maut dalam perjalanan menuju ke lokasi memancing,” kata Norizati Mad Sukor, 24, anak sulung Mad Sukor Sukimi, 51, yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 58 Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Sungai Nipah, di sini.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, kereta Proton Iswara dipandu mangsa terhumban ke dalam parit selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda.

Mad Sukor yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Norizati berkata, mereka sekeluarga sedih dan terkilan kerana arwah dijangka menunaikan haji bersama ibunya, Rose Rasinah Kadir, 56, tahun depan.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Mohamad Khalid Ishak berkata, mangsa yang memandu bersendirian mahu memancing di Pantai Sungai Labu, Kuala Selangor.

“Bagaimanapun ketika dalam perjalanan kenderaan mangsa dirempuh sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton dari arah bertentangan menyebabkan keretanya terhumban ke parit berhampiran.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Besar mengambil masa kira-kira 45 minit mengeluarkan mangsa dari kenderaannya dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai disebabkan permukaan jalan licin akibat hujan hingga pemandu pacuan empat roda itu gagal mengawal kenderaannya.

Katanya, pemandu dan penumpang pacuan empat roda itu masing-masing berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Makmuriah, Sungai Besar semalam. – myMetro Online

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd