• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goyang ‘Ladyboy’ Siam Pusat Hiburan Di PJ

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya – Sebuah pusat hiburan di PJS 8 di sini, menyajikan hiburan pelik apabila menawarkan persembahan tarian tiang dilakukan sekumpulan pondan ‘diimport’ khas dari Thailand.

Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ itu berpakaian seksi dan mempersembahkan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.

Malah kumpulan pondan itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir.

Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis itu jam 2.30 pagi semalam.

Hasil operasi itu, 36 penari tiang warga asing termasuk empat pondan ditahan polis.

Ketua operasi Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, kumpulan wanita dan pondan itu melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.

“Risikan mendapati persembahan itu bermula sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi,” katanya.

”Mereka dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan,” katanya.

Dia berkata, pelanggan dibawa ke hotel berdekatan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan kalungan bunga untuk dijual wanita dan pondan terbabit kepada pelanggan.

“Lagi tinggi nilai bunga yang diberikan, lagi ‘baik’ layanan diberikan kepada pelanggan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, pusat hiburan itu beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini. – myMetro Online

Tags: Pondan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Suami Syura, Rayu Rujuk Kembali

Next Post

Wanita Warga Australia Didakwa Edar Dadah

Related Posts

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

03/03/2021
0

PUTRAJAYA - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan kontroversi dua selebriti membabitkan status gender dan agama. Mufti Wilayah Persekutuan,...

Next Post

Wanita Warga Australia Didakwa Edar Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd