• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Ditemui Mati Dekat Lembah Danum

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang menyiasat punca kematian seekor gajah dewasa dekat Lembah Danum.

Bangkai gajah itu ditemui dalam keadaan terbaring di tepi jalan oleh sekumpulan pelancong bersama pemandu pelancong mereka, dalam perjalanan ke kawasan stesen penyelidikan ladang dan kawasan pemuliharaan yang terkenal, kira-kira 74 kilometer dari pantai timur Lahad Datu pada Isnin pagi.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan berkata, masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian gajah itu, dan bedah siasat sedang dilakukan bagi menentukan bagaimana atau mengapa haiwan itu boleh mati.

“Tiada petunjuk tentang bagaimana ia mati. Tidak ada kesan tembakan.

“Kita sedang menyiasat tetapi buat masa ini, kita perlu tunggu keputusan bedah siasat terlebih dahulu,” katanya pada Selasa.

Sekeping gambar gajah yang ditemui mati itu telah dimuat naik di Facebook, dan mencetuskan luahan orang ramai mengenai kebimbangan mereka bahawa insiden pembunuhan gajah berlaku lagi.

Pada Januari tahun lepas, sebanyak 10 gajah spesis pygmy ditemui mati di pantai timur Tawau.

Gajah-gajah berkenaan dilaporkan diracun tetapi insiden itu terus menjadi misteri kerana tiada bukti untuk mengesahkan kes tersebut. – mStar Online

Tags: gajahSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd