• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felixia Yeap, Selebriti Tempatan Paling ‘Dicari’ 2014

oleh AK-47
18/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA tadi anda dihidangkan dengan senarai selebriti Hollywood paling popular di’google’ tahun ini, jom semak pula senarai selebriti tempatan yang mengungguli carta sama.

BACA:  SELEBRITI HOLLYWOOD POPULAR 2014

Bekas model Playboy, Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania merupakan selebriti paling popular serta paling banyak dicari pengguna Internet di Malaysia.

Populariti segera diraih Felixia (kini Raisyyah) selepas dia menunjukkan minat untuk memeluk Islam, selain beberapa kali menjayakan sesi photoshoot dengan mengenakan hijab persis wanita Muslim sejati sebelum benar-benar menjadi saudara baru.

Pelakon Hanez Suraya, tidak kurang popularnya apabila menduduki tempat kedua gara-gara kisah percintaan dengan suami orang yang mendapat kecaman ramai peminat seni tanahair yang begitu terkesan dengan nasib isteri kekasihnya, sehinggakan sebuah laman Facebook khas ditubuhkan untuk menyokong Nur Liyana Manan.

Sementara, aktor kacak, Keith Foo pula berada di kedudukan ketiga selepas popular dengan drama Ariana Rose yang mengandingkannya dengan heroin cantik, Nur Fathia Latiff. Walaupun membuat pengakuan sudah bertunang dengan kekasihnya, Kim Raymond, radar populariti Keith tidak sesekali pudar di mata peminatnya.

Kematian penyanyi legenda bersuara emas, Datuk Sharifah Aini meninggalkan 1001 kenangan dan memori, lebih-lebih lagi buat peminat yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Allahyarham, hingga kisah beliau turut dicari di laman maya oleh ramai orang.

Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai lalu di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan pada paru-paru.

Selebriti seterusnya ialah primadona filem Melayu era 90-an, Erra Fazira yang mengejutkan industri hiburan tempatan awal tahun ini dengan berita penceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Hasil perkahwinan, Erra dan Emran dikurniakan seorang cahaya mata perempuan comel, Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Pelakon yang baharu sahaja berkahwin dan bergelar Datin Paduka Eina Azman turut tersenarai dalam carta carian paling popular 2014 di samping ikon fesyen Wak Doyok, Puteri Sarah Liyana, Tasha Shilla dan Joyce Shu. – MYNEWSHUB.CC

Top 10 Selebriti Tempatan Paling Banyak Dicari 2014  

felixia

 1.  Felixia Yeap @ Raisyyah Rania (Pelakon, Model Muslimah)

hanez-suraya-622

2.  Hanez Suraya (Pelakon)

keith

3.  Keith Foo (Pelakon)

ARTIS KOSMO

4.  Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini (Biduanita Negara)

Screen-Shot-2014-03-03-at-9.39.47-PM

5.  Erra Fazira (Pelakon, Pengacara, Penyanyi)

NIKAH / EINA AZMAN

6.  Datin Paduka Eina Azman (Pelakon)

wak

7.  Wak Doyok (Ikon Fesyen, Pengacara)

PUTERI SARAH

8.  Puteri Sarah Liyana (Pelakon)

tasha

9.  Tasha Shilla (Pelakon)

joyce

10.  Joyce Chu (Penyanyi)

https://www.youtube.com/watch?v=P-disv9zfbY

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Tags: myArtispelakonpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd