• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Arsenal Menang 2-1, Man City Gagal Hambat Chelsea

oleh Ahmad Albab
29/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Arsenal merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 2-1 ke atas West Ham ketika Manchester City terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

Segar dengan kemenangan ke atas Newcastle ketika cuti Krismas, skuad bimbingan Arsene Wenger, Arsenal begitupun hanya membuka tirai jaringan menerusi penalti pada minit ke-41 menerusi Santi Cazorla.

Tanpa berlengah, Arsenal kemudian menambah gol kedua tiga minit kemudian menerusi Danny Welbeck dengan gol tunggal Hammers dijaringkan Cheikhou Kouyate pada minit ke-54 dalam aksi di laman lawan itu.

Dalam pada itu, penyandang juara, Man City mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang kepada pendahulu liga, Chelsea selepas diikat 2-2 oleh kelab kedua tercorot liga, Burnley.

Beraksi sedikit lewat berbanding Chelsea, City yang beraksi di laman sendiri, Etihad tampak sedikit goyah sekalipun di depan 2-0 sebelum jaringan A Barnes pada minit ke-81 memusnahkan peluang mereka untuk mengutip tiga mata penuh.

City meledak gool pertama menerusi jaringan David Silva pada minit ke-23 sebelum Fernandinho menambah jaringan kedua pada minit ke-33.

Begitupun, Burnley yang terdesak berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan George Boyd (m47) dan A Barnes (m81).

Di Villa Park, Aston Villa mensia-siakan aksi di laman sendiri apabila mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sunderland.

Dalam pada itu, kelab tercorot liga, Leicester City merakam kemenangan pertama daripada 13 perlawanan dengan menewaskan Hull City 1-0 di laman lawan.

Kali terakhir Leicester merakam kemenangan adalah ketika bertemu Manchester United, September lepas dengan gol tunggal kemenangan dijaringkan Riyad Mahrez pada minit ke-32.

Di Loftus Road, Queens Park Rangers turut diikat Crystal Palace 0-0 dengan Stoke City meneruskan rentak kemenangan dengan membenam West Bromwich Albion 2-0 di laman sendiri, Brittania. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=k04I_UlBQ9c

Tags: ArsenalEPL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd