• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Enam sekeluarga dari Kampung Namek dekat sini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 3 pagi itu kerana semua penghuni tiada di rumah ketika kejadian.

Rumah itu milik pasangan Masnawi Ahmad, 41, dan isterinya Rashidah Mustafa, 37, yang mempunyai empat anak berusia satu hingga 14 tahun. Ketika kejadian keluarga itu berada di rumah seorang saudara mereka di Kampung Bukit Selambau, Sungai Petani.

Masnawi yang bekerja kampung berkata jiran dan saudara mara yang tinggal berhampiran rumahnya berusaha memadamkan kebakaran tetapi gagal, menyebabkan tiada sebarang peralatan yang dapat diselamatkan kerana api terlalu marak.

Katanya dia pulang ke rumah pukul 4 pagi bersama keluarganya setelah dihubungi jiran dan mendapati rumah dan sebuah motosikal miliknya musnah.

“Saya menerimanya sebagai takdir dan berharap ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk membina semula rumah yang musnah akibat kebakaran ini,” katanya.

Masnawi bersama keluarganya kini terpaksa menumpang di rumah seorang saudara berdekatan rumahnya yang musnah terbakar.

Sementara itu, Anggota Parlimen Sik Dr Mansor Abd Rahman hari ini melawat mangsa kebakaran dan menghulurkan bantuan segera bagi meringankan beban mereka.

“Saya akan berbincang dengan beberapa pihak bagi membantu keluarga ini mendapatkan sebuah rumah untuk mereka meneruskan kehidupan termasuk daripada projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah program zakat TNB,” katanya.

Sementara itu, Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik akan membantu membersihkan kawasan rumah yang terbakar untuk dibina semula setelah ada bantuan oleh mana-mana pihak.

Pengerusinya Mahadzir Abd Hamid berkata anggota Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik sedia membantu membersihkan sisa kebakaran itu dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerani Antara 5 Kakitangan Public Bank Didakwa Ceroboh Akaun

Next Post

8 Motosikal Mat Rempit Bertembung Di Gelugor.. 4 Parah

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

8 Motosikal Mat Rempit Bertembung Di Gelugor.. 4 Parah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd