• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Sombong Tolak Bergambar Dengan Peminat

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia sengaja menolak permintaan seorang peminat yang ingin merakamkan gambarnya bersama anak.

Zain, 30, berkata, tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikut di Instagram yang kononnya telah menyaksikan kejadian tersebut di sebuah pusat beli belah di Johor.

“Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.

“Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.

“Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Tambah Zain, dia berharap agar mana-mana individu tidak membuat andaian tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu.

Sebagai seorang bapa, dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar.

Sementara itu, berkongsi pengalaman bergelar ayah buat pertama kali, Zain berkata kerja-kerja menjaga anak tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakannya sebelum ini.

Kata Zain, antara rutin yang paling digemarinya ialah memandikan Aasyah, lebih-lebih lagi melihat anaknya yang begitu teruja apabila dimandikan.

“Alhamdulillah, tak susah sangat pun nak jaga anak. Rutin yang paling menyeronokkan ialah memandikan dia.

“Sekarang ini saya sanggup tinggalkan apa saja demi anak. Tetapi yang pasti dia lebih manja apabila bersama ibunya,” ujar Zain.

Dalam perkembangan lain, Zain akan sibuk mengendalikan sebuah kelas kecergasan pada tahun depan yang terbuka kepada umum untuk menyertainya. – mStar Online

Tags: pelakonZain Saidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd