• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk Di Selatan AS, Empat Terbunuh

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JACKSON (Mississippi) – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam kejadian ribut petir di Mississippi yang turut memusnahkan rumah dan bangunan perniagaan di negeri itu.

Cuaca buruk itu menyebabkan Gabenor Mississippi, Phil Bryant hari ini mengisytiharkan darurat bagi dua daerah.

Pejabat Gabenor berkata, ribuan penduduk kini terjejas bekalan elektrik sepanjang malam membabitkan kawasan di Columbia, yang terletak kira-kira 130 kilometer di timur laut Jackson.

Pengarah Pengurusan Kecemasan Jones County, Marda Tullos, berkata antara penduduk yang maut itu membabitkan seorang lelaki dan wanita yang dipanah petir di rumah kenderaan mereka, semalam.

Kira-kira 80 kilometer di barat daya Marion County, Koroner Norma Williamson memberitahu stesen televisyen WDAM bahawa dua penduduk Columbia maut dalam ribut petir.

Pemantauan dan amaran dikeluarkan bagi penduduk di Mississippi, Louisiana dan Alabama dengan ramalan cuaca menunjukkan ribut petir akan melanda Georgia, termasuk Atlanta, dan Florida lewat hari ini dan menjelang malam Krismas. – AP

Tags: Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd