• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Baik, Mangsa Banjir Mula Kemas Rumah

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Cuaca baik sejak semalam di bandar ini membolehkan mangsa banjir sekitar kawasan Kampung Razali dekat sini, pulang ke rumah masing-masing untuk membersihkan kediaman mereka yang dinaiki air baru-baru ini.

Seorang penduduk, Mariam Jusoh, 45, berkata memandangkan cuaca semakin baik dan hujan sudah mulai berhenti pagi tadi, beliau bersama anak-anak mengambil keputusan untuk balik ke rumah berkemas.

“Sedih tengok barang banyak rosak tetapi kami reda dengan ujian ini. Harap-harap hujan berhenti dan air tak naik lagi selepas ini. Bagaimanapun kami bersedia jika air kembali naik dan terpaksa berpindah semula ke pusat pemindahan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Aris Abdullah, 45, berkata walaupun rumahnya dinaiki air, dia bersyukur kerana banjir pada tahun ini tidak seteruk tahun lepas.

“Banjir memang kerap berlaku di kawasan ini tetapi kali ini paling rendah hanya setinggi semeter setengah berbanding tahun lepas sehingga mencecah tiga meter,” katanya.

Rahmah Ngah, 61, berkata dia dan keluarganya yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Perang Indera Mahkota juga mengambil keputusan pulang ke rumah untuk mengemas.

“Mujur saya sudah buat sedikit persiapan kerana sudah berpengalaman berdepan banjir tahun lepas, namun hanya dokumen penting sempat diselamatkan, barangan elektrik seperti televisyen dan peti ais terpaksa dibiarkan,” kata suri rumah itu.

Seorang pemilik kedai runcit di kawasan berkenaan, Che Zainun Che Mat, 58, turut pulang meninjau barangan jualan di kedainya yang kebanyakannya rosak ditenggelami air.

“Barang basah seperti sayur habis busuk manakala barang runcit turut terjejas kerana terkena air. Saya terpaksa memilih barang runcit yang elok dan boleh diselamatkan sahaja untuk dijual,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap agar banjir tidak lagi berlaku di sini kerana bimbang terpaksa menanggung kerugian berlipat ganda. – BERNAMA

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd