Susulan dari berita kedudukan pemain badminton nombor satu dunia yang bertukar tangan kepada bintang China, Chen Long, maka ramai pihak yang bersimpati dengan situasi tersebut yang perlu ditelan Datuk Lee Chong Wei.
Mana taknya, kes kegagalan dua ujian doping menyaksikan ikon sukan negara itu digantung sementara selama dua bulan dari beraksi di mana-mana kejohanan yang mengakibatkan dia gagal mengekalkan posisi tersebut.
Lantas, Ketua Jurulatih Badminton negara, Rashid Sidek menyeru kesemua pemain badminton negara menjadikan senario tersebut sebagai pemangkin semangat.
Memetik laporan dari Astro Arena, Rashid turut berkata, Chong Wei tidak perlu memandang serius dan meratapi kehilangan takhta sebagai pemain nombor satu dunia kerana terdapat banyak perkara penting yang harus difikirkannya.
“Pada pendapat saya perkara yang penting ialah Chong Wei dapat kembali beraksi cemerlang dan menjuarai kejohanan-kejohanan akan datang.
Ranking dan status sebagai pemain nombor satu dunia ini adalah bonus kepada pemain yang telah berusaha sepanjang musim,†lapor portal berkenaan.
Melalui portal rasmi Badminton World Federation (BWF) yang dikemaskini pada Rabu lalu, Chong Wei kini menghuni tangga kedua kedudukan teratas 10 pemain terbaik dunia. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
Datuk Misbun Sidek Cadang Chong Wei Bersara, Asah Bakat Baru Untuk Diketengahkan



