• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Haram Gmail Termasuk Melalui Peranti Gajet Pintar

oleh
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pemerintah China semalam mula bertindak tegas menutup langsung segala akses kepada perkhidmatan e-mail popular menerusi enjin carian Google, Gmail atas alasan melindungi kedaulatan internet negara itu daripada ‘kejahatan’ anasir asing.

Perkara itu disahkan beberapa pakar siber antarabangsa susulan timbul rungutan daripada rakyat China di negara tersebut selain pengguna luar negara yang menggunakan e-mel menerusi Gmail apabila mendapati mesej kiriman mereka langsung tidak berfungsi.

“Pihak berkuasa China sebenarnya telah menyekat akses Gmail sejak minggu lalu tetapi ramai pengguna tidak sedar dan mulai kecoh pada Isnin,” kata Jeremy Goldkorn, pengasas Danwei, firma pengesan capaian media internet China yang berpusat di Beijing.

Ujarnya, Gmail telah disekat secara langsung ekoran tindakan Google mempromosikan ulang tahun ke-25 tragedi berdarah pro-demokrasi di Dataran Tiananmen di sini pada Jun lalu namun pengguna masih boleh bebas akses Gmail menerusi aplikasi gajet pihak ketiga.

Bagaimanapun, China menutup terus Gmail termasuk akses melalui semua jenis peranti telefon pintar dan android sejak Isnin sekali gus meliputi laman web asing seperti Facebook, Twitter dan Youtube menggunakan sistem pertahanan dikenali Great Firewall.

“Menurut laporan transparensi Google, tapisan semua jenis media sosial dan Internet telah berlangsung lebih dua tahun lalu malah graf aliran trafik dari China yang mengakses Gmail jatuh sedikit demi sedikit sebelum langsung sifar sejak semalam,” kata Goldkorn.

Pengguna di China mendakwa, pengharaman Gmail lebih bermotif politik berbanding isu keselamatan negara kerana ia sukar ditapis dan memaksa rakyat guna laman sosial tempatan Weibo yang dikawal ketat pemerintah untuk berinteraksi secara maya.

Jurucakap Google di Singapura yang memantau operasi firma internet itu di China turut mengesahkan tiada apa-apa masalah pada sistem Gmail setelah semakan dibuat dan apa yang berlaku, e-mel dihantar atau diterima dari China seolah-olah tidak wujud. – Agensi

Tags: ChinafacebookGmailgoogleinternetTwitterWeibo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd