• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Kehidupan Anggota Bomba Difilemkan

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan mencadangkan agar kehidupan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat difilem atau dipentaskan.

Katanya menerusi platform tersebut akan menambahkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pasukan beruniform itu yang mempunyai rekod baik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dari segi bantuan peralatan, nasihat dan penerangan prosedur berkaitan cadangan tersebut.

“Kita mengalu-alukan produser yang berminat menerbitkan jalan cerita tentang kehidupan anggota bomba yang sentiasa berdepan dengan cabaran dalam menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, di sini Khamis.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata sehingga akhir bulan lepas, JBPM merekodkan sebanyak 85,377 panggilan kecemasan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53,038 adalah panggilan kebakaran manakala 32,339 panggilan menyelamat.

Selangor mencatat jumlah panggilan kecemasan tertinggi dengan 14,604 kes, diikuti Johor (11,240) dan Perak (9,963).

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Mohd Nor Ibrahim dan Pengarah JBPM Johor, Datuk Ab Ghani Daud. – BERNAMA

Tags: BombaRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd