• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budayakan Penguasaan Bahasa Ketiga – Idris Jusoh

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta para pelajar supaya menguasai bahasa ketiga untuk lebih berdaya saing di peringkat global.

Beliau berkata menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, kerajaan mengambil inisiatif mengajar mereka belajar bahasa ketiga itu.

“… (menerusi pelan itu) sudah ada banyak sekolah kebangsaan yang mengajar bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, kita sentiasa menggalakkan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014 anjuran bersama Kementerian Pendikan dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden dan Naib Canselor OUM Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2014 Sabtu lepas berkata kementerian bercadang menjadikan bahasa ketiga sebagai mata pelajaran elektif.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin sebagai reaksi kepada usul cadangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada perhimpunan sama yang berpendapat pembelajaran bahasa ketiga seperti Arab, Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif mampu berperanan sebagai alat komunikasi penting dalam aspek perpaduan.

“Kalau kita lihat perkara ini (penguasaan bahasa), ia bukan satu perkara baharu seperti di negara Eropah, mereka boleh menguasai empat bahasa misalnya bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Itali,” kata Idris.

Beliau berkata sebagai langkah membudayakan pembelajaran bahasa ketiga, empat sekolah kebangsaan di Besut akan memulakan pengajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar Melayu bermula tahun depan.

Mengenai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Idris berkata ia merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi seseorang individu dan rakyat secara keseluruhannya tanpa batasan usia, masa dan tempat.

Seminar dua hari itu, yang berakhir esok, bertemakan ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan Modal Insan: Isu dan Cabaran’.

Kira-kira 300 peserta dari agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi mengambil bahagian. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPendidikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Bera Tahan 6 Tukang Urut, Seorang Pelanggan

Next Post

Punca Tiga Penyokong Tidak Dapat Masuk Singapura Tidak Diketahui

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

Next Post

Punca Tiga Penyokong Tidak Dapat Masuk Singapura Tidak Diketahui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd