• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Harap Bantuan Penyakit Rosak Hati Meninggal Dunia

oleh AK-47
14/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari yang lalu, kami ada menyiarkan artikel mengenai seorang ibu yang meminta simpati orang ramai memberikan sumbangan untuk anak tunggalnya yang berusia setahun enam bulan terpaksa dibedah segera kerana menderita penyakit hati kronik.

Bagaimanapun, anak kecil bernama, Putera Fathullah Fahmi Abdul Hakim ini telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, malam tadi.

BACA : Perlu RM200,000 Bedah Anak Hidap Penyakit Rosak Hati

Keadaan kesihatan Putera Fathullah dikatakan semakin merosot kira-kira 1 tengah hari semalam hingga menyebabkan kanak-kanak malang itu dimasukkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI.

10557440_437180736421064_6927435884655477444_n-horz

putera.transformed

Menurut ibu kanak-kanak ini, Siti Nur Hidayah Shaari, 20, memberitahu yang anak tunggalnya itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 10.50 malam tadi.

“Saya reda dengan pemergian anak dan berdoa supaya dapat bertemu dengannya di syurga. Walaupun anak tidak memberi sebarang tindak balas, saya lihat air matanya mengalir namun Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.

Disamping itu, Hidayah sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan anaknya selain menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang.

Tambahnya, wang yang disumbangkan sememangnya diniatkan untuk tujuan pembedahan anaknya namun hajat tersebut tidak kesampaian dan dia akan memberikan wang sumbangan tersebut kepada insan yang lebih memerlukannya.

Jenazah kanak-kanak malang ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada 10 pagi tadi.

Kisah adik Putera Fathullah menjadi viral di media-media sosial rata-rata masyarakat meluahkan rasa simpati atas penyakit yang dihidapi kanak-kanak berpenyakit kronik tersebut.- MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Tags: Penyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

Penyakit Misteri Hidung Berdarah Muncul Di Tanzania

14/07/2022
0

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala, keletihan dan hidung berdarah menular di tenggara...

Penyakit Hati ‘Misteri’ Ragut Nyawa 3 Kanak-Kanak Di Indonesia

03/05/2022
0

JAKARTA : Tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di Indonesia meninggal dunia akibat hepatitis akut pada April. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd