• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basel Tunjuk Jalan Keluar Buat Liverpool

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL – Jaringan gol penyamaan Steven Gerrard gagal membantu Liverpool mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah sebaliknya keputusan 1-1 di Anfield, awal pagi tadi memastikan Basel menempah tiket mewakili Kumpulan B.

Tendangan percuma Gerrard pada minit ke-81 hanya menyelamatkan Liverpool daripada diaibkan selepas pelawat menemui jaringan seawal minit ke-25 menerusi Fabian Frei.

Malang buat Liverpool apabila terpaksa bermain 10 pemain selepas pemain gantian Lazar Markovic dibuang padang.

Dengan memperoleh satu mata, Basel dan Real Madrid dari Kumpulan B layak bersama 16 pasukan ke pusingan kalah mati.

Basel pernah menyingkirkan Liverpool daripada kejohanan sama pada 2002, selain menyekat Manchester United pada 2011 dan mengeluarkan Tottenham Hotspur daripada saingan Liga Europa dua musim lalu.

Basel juga menjadi duri dalam daging untuk satu lagi kelab England, Chelsea apabila menewaskannya dua kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah tahun lalu.

“Bagi saya dan kakitangan kelab serta pemain, ia amat istimewa, ” kata jurulatih Basel, Paulo Sousa.

“Kami pada landasan ke arah mencapai keputusan penting ini hari ini yang membolehkan kami berpeluang untuk bersaing dengan pasukan lebih hebat nanti,” katanya.

Bagi Brendan Rodgers pula, saingan seterusnya apabila berdepan musuh tradisi, Manchester United pada saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

“Kami perlu terus mempertahankan tempat di Eropah untuk musim depan. Kami tidak terlalu jauh daripada tempat keempat dan jika kita berjaya, musim depan tentunya berbeza,” katanya. – AFP

 

Tags: Liverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd