• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: TNB Terpaksa Tutup 1,266 Pencawang Elektrik

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 63,221 pengguna di Pahang, Kelantan dan Terengganu terjejas bekalan elektrik berikutan banjir besar yang melanda negeri itu sejak beberapa hari lalu.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, bekalan elektrik kepada semua pengguna tersebut terjejas kerana TNB terpaksa menghentikan sementara bekalan 1,266 buah pencawang elektrik di negeri terbabit.

“Langkah ini bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas.Jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah Kelantan dengan seramai 42,625 pengguna dengan penutupan operasi 810 pencawang elektrik di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat.

“Di Terengganu, penghentian operasi 138 pencawang elektrik di Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun pula melibatkan 8,105 pengguna manakala di Pahang 5,878 pengguna terjejas berikutan penutupan operasi 18 pencawang elektrik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Aminuddin berkata, TNB akan terus memantau peralatannya seperti pencawang elektrik di kawasan banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras merbahaya.

“Bilik-bilik gerakan di setiap negeri juga telah diaktifkan untuk memantau situasi. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454,” katanya.

Tags: BanjirTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd