• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Astro Ceria Beri Keutamaan Kepada Mia Sara, Rykarl

oleh Ahmad Albab
06/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stesen televisyen Astro memberi lebih keutamaan kepada dua pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara dan Rykarl Iskandar bagi membintangi program dan drama bagi saluran Astro Ceria.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, pihaknya memilih kedua-dua pelakon itu berikutan populariti mereka sebagai pelakon kanak-kanak paling diminati ketika ini.

“Ya, kedua-dua pelakon ini merupakan kegemaran Astro Ceria dan kami akui memang sering mengandingkan mereka untuk program terbitan kami.

“Salah satu sebab ialah nama dan populariti bintang kecil ini adalah yang paling atas ketika ini,” ujarnya kepada mStar Online pada sidang media pelancaran drama 3 Campur 2, di Souled Out, di sini, Khamis.

Turut hadir pelakon Norman Hakim, Scha Al Yahya, Hefni Sahad, Mia Sara dan pengarah drama Emi Suffian Sabhe.

Sebelum ini, Mia Sara dan Rykarl bergandingan dalam telefilem Strawberry Karipap Sesat Kat Paris.

Tambahnya, biarpun menggunakan gandingan yang sama, namun watak-watak yang diberikan kepada dua kanak-kanak ini berbeza.

“Kita tidak mahu mereka kelihatan sama sahaja setiap drama atau telefilem, jadi kami akan pastikan watak yang mereka bawa berlainan berbanding sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, tambah Hadzelynda, drama ini menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang semakin rapuh.

Katanya, banyak mesej mengenai realiti kehidupan yang diselitkan sebagai panduan dan teladan kepada penonton.

“Melalui penelitian kami, rata-rata penonton menggemari kepada pengisian yang bersifat komedi, ringan dan tidak perlu penghayatan berat.

“Drama ini banyak menyelitkan usur positif dalam komedi yang menyentuh soal rumah tangga masa kini yang banyak berakhir dengan penceraian,” ujarnya.

Drama 13 episod ini turut dilakonkan oleh Dynaz Mokhtar, Shahz Jaszle, Ana Dahlia dan Radhi Khalid.

Ia akan bersiaran bermula 13 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11 pagi di Astro Ceria, Prima dan Maya HD. – mStar Online

Tags: astropelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd